E-Kelas Sains Tahun 6
10 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniE-Kelas merupakan insentif Pihak Maxis dalam membantu pelajar-pelajar dalam mata pelajar yang asas seperti Sains, Matematik dan juga Bahasa Inggeris. E-Kelas ini diadakan secara “live streaming” menggunakan aplikasi Zoom. Pelbagai manfaat dan ganjaran untuk pelajar jika mereka menyertai E-Kelas ini seperti berpeluang untuk mendapatkan geran pelajar anugerah gemilang. Pada minggu ini, Kelas mata pelajaran Sains telah berjaya diadakan mengikut SOP bagi mencegah virus Covid-19 yang melanda seluruh pelosok dunia.
Didalam kelas Sains pada minggu ini, pelajar telah diterangkan mengenai bagaimana Daya boleh terjadi keatas sesuatu benda seperti tayar kereta. Pelajar juga telah diterangkan mengenai Eksperimen membuat kereta daripada botol minuman. Kelas ini telah dijalankan selama setengah jam dari jam 3:00 petang sehingga 3:30 petang dan juga telah disertai oleh 8 orang pelajar tahun 6.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: